Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran keselamatan tenaga susulan ketegangan geopolitik berterusan di Asia Barat.

Pertemuan berkenaan diadakan sejurus selepas Albanese menerima sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia bermula 15 hingga 17 April.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan perkembangan konflik di Asia Barat serta implikasinya terhadap pasaran tenaga global, termasuk kemungkinan gangguan rantaian bekalan tenaga dan laluan perdagangan antarabangsa yang berpotensi menjejaskan kestabilan ekonomi serantau.

Selain itu, mereka turut bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan tenaga, termasuk menjamin kestabilan bekalan, meningkatkan daya tahan infrastruktur serta meneroka peluang dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan teknologi bersih.

Pertemuan empat mata tersebut akan disusuli dengan mesyuarat dua hala yang melibatkan penyertaan menteri kanan dan pegawai dari kedua-dua negara, bagi menilai kemajuan pelaksanaan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Australia (CSP) yang dimeterai pada 2021.

Australia kekal sebagai antara rakan ekonomi utama Malaysia, apabila menduduki tangga ke-12 sebagai rakan dagang terbesar negara pada 2025, dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM78.63 bilion (AS$18.38 bilion).

Daripada jumlah itu, eksport Malaysia ke Australia mencatat RM48.64 bilion (AS$11.37 bilion), manakala import berjumlah RM29.99 bilion (AS$7 bilion).

Di samping sektor perdagangan, hubungan kedua-dua negara turut diperkukuh melalui kebergantungan dalam sektor tenaga.

Berdasarkan data bilateral 2025, Australia membekalkan kira-kira 96 peratus daripada import gas asli cecair (LNG) Malaysia, yang menjadi komponen penting dalam menyokong rangkaian gas di Semenanjung Malaysia serta memacu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Dalam masa yang sama, Malaysia merupakan antara pembekal utama bahan api kepada Australia dengan sumbangan kira-kira 17 peratus daripada keseluruhan import bahan api negara berkenaan.

Aliran ini mencerminkan hubungan perdagangan tenaga yang kukuh dan berterusan antara kedua-dua negara, bukan sekadar bersifat sementara atau ad hoc.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri