Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti.

Acara yang menghimpunkan warga emas dan rakan strategik kelab itu telah dihadiri seramai 51 orang tetamu, serta padat dengan pelbagai pengisian menarik seperti sesi ramah mesra, jamuan raya dan cabutan bertuah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli; barisan pegawai Pustaka dan wakil Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sarawak. 

Japri berkata, penganjuran majlis tersebut berjaya meningkatkan keceriaan ahli selain merapatkan hubungan kerjasama dengan pelbagai rakan strategik.

Menurutnya, penglibatan dalam aktiviti sosial seumpama itu amat berkesan dalam memupuk emosi positif dan semangat kesetiakawanan dalam kalangan peserta.

“Pendekatan aktiviti sosial seperti ini sangat penting untuk memelihara kesihatan mental warga emas.

“Pustaka Negeri Sarawak akan sentiasa menyokong program kelas literasi digital Diwarmas serta aktiviti sokongan sosial mereka kerana ia selari dengan peranan Pustaka dalam membangunkan masyarakat berteraskan ilmu dan budaya belajar sepanjang hayat,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut pada Khamis.

Turut memberikan sokongan ialah wakil akhbar Suara Sarawak, wakil Klinik Kesihatan Petra Jaya (KKPJ), Rakan-rakan Pustaka serta Kumpulan Nur Al-Quran dari Surau Cahaya Islam, RPR Batu 12.

Timbalan Pengerusi Diwarmas, Mohamed Noh @ Johnny Adam dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang hadir meluangkan masa, sekali gus menjadikan suasana lebih ceria dan mencipta kenangan indah bersama.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesan agar warga emas tidak mudah berputus asa dalam mendepani cabaran, terutamanya ketika berusaha menguasai teknologi semasa.

“Sambil kita meraikan kebahagiaan, marilah kita terus memberi sokongan antara satu sama lain. Berusaha dengan penuh semangat, terutama dalam belajar ilmu digital pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis. Jangan lupa hadir ke sesi (kelas) tersebut.

“Kita hidup di dunia ini asalnya tanpa pengetahuan, jadi kita perlulah sentiasa bersikap terbuka dan rajin belajar untuk mendapatkan ilmu,” jelasnya.

Pada majlis yang sama, Mohamed Noh mewakili Diwarmas turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pustaka Negeri Sarawak atas kesudian menyediakan ruang dan menaja lokasi penganjuran majlis tersebut secara percuma.

Tambahnya, beliau mendoakan agar ikatan persaudaraan yang terjalin dalam kalangan ahli dan rakan strategik akan terus kukuh, dan program kemasyarakatan seumpama ini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET