Dua maut kebakaran pejabat guaman akibat lemas penyedutan asap

GEORGE TOWN – Punca kematian pesara peguam dan kerani wanita yang maut dalam kebakaran di sebuah pejabat guaman di Lebuh King di sini, semalam disebabkan asfiksia atau lemas akibat penyedutan asap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, ini hasil daripada keputusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang, hari ini.

“Mangsa maut merupakan pesara peguam berusia 88 dan seorang kerani wanita berumur 60 tahun. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh asfiksia akibat penyedutan asap daripada kebakaran yang berlaku di unit rumah kedai dua tingkat (kelas A) itu,” katanya di sini, hari ini.

Mendiang Sanmarkan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Hindu di Batu Lanchang, Jelutong.

Terdahulu, media melaporkan dua mangsa terdiri peguam dan kerani wanita disahkan maut terperangkap dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Datuk G. Sanmarkan dan B. Chandra ditemukan di tingkat atas bangunan separa kayu dua tingkat berkenaan.

Mangsa pertama iaitu Sanmarkan ditemukan di atas kerusi berdekatan meja pejabat di tepi tingkap, pada pukul 1.05 tengah hari manakala mangsa kedua dijumpai di bawah timbunan fail, di tepi dinding lokasi sama.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai