Stok habis ketika isi diesel, stesen minyak tiada sistem auto cut-off

PUTRAJAYA – Sebuah stesen minyak di Jalan Segambut, Kuala Lumpur yang tular berhubung kejadian meter pam terus merekodkan jumlah bayaran walaupun bekalan diesel telah habis didapati tidak dilengkapi sistem pengesanan isipadu automatik (automatic cut-off).

Sebaliknya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan, ia hanya bergantung kepada pemeriksaan manual.

Kementerian itu berkata, penemuan terbabit adalah hasil siasatan yang dijalankan pasukan penguatkuasa KPDN Kuala Lumpur di stesen minyak terbabit.

“Hasil siasatan mendapati kejadian yang dirakam dalam video tular tersebut berpunca daripada kehabisan stok diesel semasa proses pengisian sedang berlangsung.

“Bagaimanapun meter pam didapati terus merekodkan jumlah bayaran walaupun bekalan diesel telah habis,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, KPDN berkata,
semakan turut mengesahkan bahawa jumlah sebenar diesel yang diisi adalah sebanyak RM232.07, dan pihak stesen telah mengambil tindakan segera dengan memulangkan semula bayaran penuh kepada pelanggan yang terlibat pada 9 April 2026.

“Pihak pengadu telah bersetuju dengan penyelesaian tersebut,” kata KPDN dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan teknikal yang dijalankan oleh KPDN mendapati semua pam minyak di premis berkenaan masih berada dalam tempoh tentusah yang sah.

Pada masa sama, agensi itu berkata ujian menggunakan Sukat Isipadu Cecair (SIC) 20 liter menunjukkan bacaan sukatan berada dalam had selisih yang dibenarkan.

“Selain itu, semakan ke atas lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 mendapati lesen CSA dan PDA stesen berkenaan adalah sah dan masih berkuat kuasa.

“Walau bagaimanapun, pihak stesen telah diberikan amaran keras agar memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan perundangan.

KPDN memaklumkan, pihak stesen juga perlu meningkatkan pemantauan operasi bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

“KPDN ingin menegaskan bahawa kejadian ini adalah bersifat terpencil dan tidak mencerminkan keadaan keseluruhan sistem bekalan bahan api yang kekal stabil dan terkawal,” katanya lagi.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

“KPDN akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula