Al-Aqsa, Gereja Makam Suci dibuka semula bermula Khamis

BAITULMAQDIS – Israel mengumumkan pembukaan semula Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci di timur Baitulmaqdis yang diduduki bermula pagi Khamis, selepas kedua-dua tapak suci itu ditutup sejak 28 Februari lalu.

Polis Israel dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pihaknya sedang melakukan persiapan untuk membuka semula lokasi berkenaan kepada penganut dan pelawat bermula pagi 9 April, selaras dengan garis panduan terbaharu Komando Barisan Hadapan.

Menurut kenyataan itu, ratusan anggota polis dan pengawal sempadan akan dikerahkan ke Kota Lama Baitulmaqdis serta jalan raya yang menuju ke tapak suci terbabit atas faktor keselamatan pengunjung.

Dalam pada itu, Jabatan Wakaf Islam mengesahkan Masjid Al-Aqsa akan dibuka semula bermula waktu solat Subuh dan kemasukan adalah dibenarkan kepada semua jemaah tanpa sebarang perincian lanjut setakat ini.

Sebelum ini, pihak berkuasa Israel menutup kedua-dua tapak suci berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perhimpunan besar ketika peperangan yang melibatkan Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Iran sedang memuncak.

Tindakan tersebut turut menyaksikan pihak berkuasa menghalang pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa pada tahun ini.

Sekatan tersebut dilaporkan sebagai kali pertama seumpamanya berlaku sejak Israel mula menduduki timur Baitulmaqdis pada tahun 1967.

Related Posts

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump rancang tarif baharu ke atas 60 negara, perang perdagangan dijangka memuncak

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang bersiap sedia memperkenalkan pusingan baharu tarif import terhadap kira-kira 60 negara seawal minggu ini, sekali gus berpotensi meningkatkan semula ketegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat