‎Inkues Zara Qairina: Orang ramai diseru tidak buat spekulasi, kesimpulan awal

KOTA KINABALU – Pasukan guaman kepada ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal berhubung prosiding inkues yang sedang berjalan.

‎Dalam kenyataan hari ini, pasukan guaman yang mewakili Puan Noraidah Lamat berkata, Mahkamah Koroner mempunyai bidang kuasa penuh untuk menilai keseluruhan keterangan sebelum membuat sebarang dapatan berhubung punca kematian Allahyarhamah.

‎”Pasukan kami mengambil maklum mengenai liputan media dan perbincangan di ‎media sosial berhubung keterangan Deponen ke-67, iaitu Pakar Psikiatri, Dr. Chua Sze Hung, serta laporan psikiatri autopsi yang dikemukakan dalam ‎prosiding inkues ini.

“Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk ditegaskan bahawa Mahkamah Koroner merupakan pihak yang diberi bidang kuasa untuk menilai keseluruhan keterangan dan menentukan dapatan berdasarkan semua bukti yang dikemukakan sepanjang prosiding inkues ini.

‎”Keterangan mana-mana saksi, termasuk saksi pakar, serta laporan yang ‎dikemukakan, hanyalah sebahagian daripada keseluruhan keterangan yang masih belum selesai dibentangkan dan diuji sepenuhnya di hadapan mahkamah,” ujarnya.

‎Sehubungan itu katanya, sebarang rumusan atau kesimpulan awal yang dibuat berdasarkan keterangan setakat ini adalah tidak wajar dan berisiko mengelirukan persepsi awam terhadap prosiding yang sedang berjalan.

‎Tambah kenyataan tersebut, adalah penting untuk dinyatakan bahawa sebarang dokumen yang ‎dirujuk dalam laporan tersebut, termasuk catatan peribadi seperti diari, bukanlah bukti yang konklusif dan masih tertakluk kepada pengesahan melalui keterangan pakar forensik.

‎”Kesahihan, pemilikan serta konteks kandungan dokumen tersebut perlu ditentukan melalui proses pembuktian yang ketat di mahkamah.

‎”Dalam masa yang sama, masih terdapat saksi-saksi lain, termasuk saksi watak berhubung Allahyarhamah Zara, yang belum dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan mahkamah.

‎”‎Pasukan kami juga akan memanggil saksi pakar psikiatri bagi membantu m‎ahkamah menilai isu-isu berkaitan secara lebih menyeluruh dan seimbang ‎berdasarkan keseluruhan bukti yang akan dikemukakan,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, pasukan guaman tersebut menyeru orang awam untuk lebih berhemah dalam ‎memberikan sebarang komen atau pandangan di ruang awam, termasuk di ‎media sosial.

‎”Ini kerana dalam perkembangan semasa, terdapat beberapa kes di mana kenyataan atau komen di ruang awam telah membawa kepada tindakan undang-undang, termasuk siasatan dan pendakwaan.

‎”Sebahagian kes telah mengakibatkan sabitan di mahkamah dengan denda serta hukuman yang berat, manakala sebahagian lagi masih dalam peringkat siasatan atau prosiding,” kongsinya.

‎Sehubungan dengan itu, orang awam diingatkan agar lebih berhati-hati dalam memberikan sebarang ulasan, khususnya apabila melibatkan perkara yang sedang dalam prosiding mahkamah, bagi mengelakkan sebarang implikasi
‎undang-undang yang tidak diingini.

‎”Adalah wajar untuk diingat bahawa ibu kepada Allahyarhamah, Puan Noraidah Lamat, merupakan pihak yang telah mengambil langkah untuk mendapatkan keadilan melalui prosiding inkues ini, dan beliau kini mengikuti setiap perkembangan dengan penuh ketabahan demi memastikan kebenaran dapat ditentukan oleh mahkamah.

‎”Kami menegaskan bahawa sebarang komen yang bersifat spekulatif, tidak sensitif atau tidak berasas adalah tidak wajar dan boleh menambahkan lagi beban emosi yang sedang ditanggung oleh keluarga Allahyarhamah Zara.

‎”Semua pihak diseru untuk menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan serta menjaga sensitiviti keluarga Allahyarhamah Zara dalam tempoh ini,” ujarnya.

‎Pasukan guaman ibu Zara, diwakili oleh Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan ‎Elhanan James.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan