Tuntutan mualaf RM135,000 didakwa palsu, pegawai JAIPs mengaku tidak bersalah

KANGAR – Seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM135,000 antara 2022 hingga 2024.

Tertuduh, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nuaman Mahmud Zuhudi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Bahagian Dakwah JAIPs dengan niat memperdaya menggunakan dokumen tuntutan bayaran memeluk Islam yang mengandungi butir matan palsu untuk mengelirukan prinsipalnya.

Bagi pertuduhan pertama pada 2022, tertuduh didakwa memalsukan butiran bayaran RM3,500 bagi pendaftaran semula dua saudara baharu.

Pertuduhan kedua pada 2023 pula membabitkan tuntutan palsu RM40,000 untuk 15 saudara baharu, manakala pertuduhan ketiga pada 2024 membabitkan nilai RM91,500 bagi 33 saudara baharu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Islam Perlis, JAIPs, Persiaran Jubli Emas di sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Salwa Ja’afar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin selepas pihak pembelaan merayu jumlah jaminan dikurangkan berikutan tertuduh kini digantung tugas.

Tertuduh juga perlu melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

Hakim menetapkan 20 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK