Kerajaan kawal pelarasan harga bahan api, lindungi rakyat

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pelarasan harga bahan api tidak bersubsidi secara terkawal bagi mencerminkan keadaan pasaran global tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu bertujuan memastikan keseimbangan antara tekanan harga di peringkat antarabangsa dan keperluan melindungi rakyat daripada kesan kenaikan kos.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kerajaan turut mengadakan sesi libat urus secara berterusan dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi menilai situasi semasa serta menyesuaikan langkah yang diambil.

“Kerajaan mengadakan sesi libat urus secara konsisten dengan pihak berkepentingan dari pelbagai sektor.

“Hal ini membolehkan kerajaan mendapatkan maklum balas secara masa nyata serta menyelaras tindakan dengan pantas bagi memastikan kestabilan bekalan dan pasaran kekal terpelihara,” katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi (BUDI95) pada kadar RM1.99 seliter.

Selain itu, diesel bagi sektor logistik melalui Skim Kawalan Harga Diesel Sektor Pengangkutan (SKPS) ditetapkan pada RM2.05 seliter, manakala Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) berada dalam julat RM1.88 hingga RM2.15 seliter.

Pada masa sama, bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan menerusi BUDI Diesel turut disalurkan kepada individu yang layak bermula April 2026 bagi membantu meringankan kos penggunaan bahan api.

Fadillah berkata, sektor yang bergantung kepada bahan api untuk kelangsungan pendapatan seperti nelayan dan agrikomoditi juga menerima bantuan diesel daripada kerajaan.

“Kerajaan juga mengekalkan had BUDI95 sebanyak 800 liter sebulan untuk pemandu e-hailing bagi memastikan kos operasi mereka kekal terkawal dan tidak dipindahkan secara langsung kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut memantau secara berterusan kesan pelarasan harga bahan api terhadap kos sara hidup rakyat.

“Bekalan makanan asas kekal mencukupi, pemantauan harga dilaksanakan setiap hari di seluruh negara dan tindakan tegas diambil terhadap kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Pendekatan kerajaan adalah jelas iaitu melindungi rakyat tanpa menjejaskan kestabilan jangka panjang ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Pusat Arahan Komunikasi berkaitan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaras respons kerajaan terhadap krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pusat berkenaan dipengerusikan oleh Fadillah dengan sesi taklimat atau siaran media akan diadakan setiap hari kira-kira jam 4 petang.

Katanya, pusat itu berperanan menyelaras komunikasi kerajaan serta memastikan maklumat terkini mengenai langkah dan respons kerajaan disampaikan secara konsisten kepada rakyat.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia