Sabah tubuh Unit Respons Krisis, lindungi industri pelancongan

KOTA KINABALU – Mesyuarat Lembaga Pelancongan Sabah (STB) memutuskan penubuhan Unit Respons Krisis sebagai langkah proaktif bagi melindungi industri pelancongan negeri ini daripada ketidaktentuan global, termasuk konflik berterusan di Asia Barat serta peningkatan kos operasi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Joniston Bangkuai berkata, unit tersebut akan melapor terus kepada Lembaga Pengarah bagi memastikan pemantauan lebih rapi, di samping semua ahli lembaga sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan dan keputusan strategik.

“Langkah ini diambil susulan kebimbangan terhadap faktor luaran yang berpotensi menjejaskan permintaan pelancongan, operasi syarikat penerbangan serta kestabilan pasaran.

“Ketegangan geopolitik, khususnya di Asia Barat, berpotensi mempengaruhi corak perjalanan pelancong, harga bahan api serta perancangan laluan penerbangan, sekali gus memberi kesan kepada tahap keterhubungan dan ketibaan pelawat ke Sabah.

“Sebagai destinasi yang mempunyai rangkaian antarabangsa yang kukuh, kita perlu sentiasa peka dan bertindak secara proaktif.

“Perkembangan ini menuntut pemantauan rapi serta penglibatan berterusan dengan syarikat penerbangan dan pemain industri,” ujarnya dalam kenyataan media pada Rabu.

Tambahnya, unit berkenaan akan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif STB dengan dibantu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang turut berperanan sebagai Ketua Pegawai Strategi, selaras dengan penstrukturan semula organisasi yang sedang dilaksanakan.

“Unit Respons Krisis Pelancongan ini akan memberi tumpuan kepada perumusan strategi bagi mengurangkan impak kejutan luaran termasuk turun naik harga bahan api, selain memastikan Sabah kekal berdaya saing, mudah diakses dan terus menarik kepada pasaran antarabangsa serta domestik.

“Dalam masa sama, unit ini akan mengadakan sesi libat urus secara berkala bersama pihak berkepentingan utama seperti pengusaha hotel, syarikat penerbangan dan pengendali pelancongan bagi memperkukuh penyelarasan, menyelaras mesej promosi serta mempercepatkan tindak balas terhadap cabaran semasa,” kongsinya.

Mengambil kira keperluan memperkukuh daya tahan dalaman, Joniston berkata, STB turut akan mempergiat tumpuan terhadap pasaran domestik sebagai faktor penstabil dalam suasana ketidaktentuan global ketika ini.

Sementara itu, Lembaga Pengarah STB turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Pemasaran Pelancongan bersama antara STB dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi meningkatkan penyelarasan dalam pembangunan serta promosi produk pelancongan di ibu negeri.

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa berkenaan akan mengenal pasti tarikan baharu, memperkukuh produk sedia ada serta memastikan usaha pemasaran dilaksanakan secara lebih tersusun bagi Kota Kinabalu sebagai pintu masuk utama ke Sabah sempena kempen Tahun Melawat Sabah 2026.

Related Posts

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi. Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak