Pegawai lantikan politik lafaz Ikrar Bebas Rasuah

KOTA KINABALU – Pegawai lantikan politik di negeri ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis di Menara Kinabalu pada Rabu sebagai manifestasi komitmen memperkukuh tadbir urus berintegriti dan bebas rasuah.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah, lafaz ikrar berkenaan diketuai oleh Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Elvin Alrick Jilan dan turut melibatkan setiausaha-setiausaha sulit serta setiausaha-setiausaha akhbar daripada pelbagai kementerian.

Majlis tersebut disaksikan Ketua Menteri, Hajiji Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong serta Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.

Majlis lafaz IBR berkenaan mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti serta memastikan pentadbiran yang telus dan berakauntabiliti.

Related Posts

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

BARIO – Pesta Nukenen dan Kebudayaan Bario 2026 terus menjadi platform utama bagi mempromosikan keunikan budaya, warisan serta keindahan alam semula jadi tanah tinggi di Sarawak. Timbalan Menteri di Pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak