Operasi hari raya rekod 7 kematian penunggang motosikal

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 10 kematian, termasuk tujuh penunggang motosikal maut dalam kemalangan sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) diadakan selama 14 yang berakhir semalam.

Tiga lagi kematian membabitkan satu keluarga dalam kemalangan berangkai di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor, Dungun, pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Zamri Samion berkata, walaupun kes kemalangan jalan raya menunjukkan penurunan sebanyak 15.1 peratus atau sebanyak 127 kes, tetapi bilangan kematian meningkat sebanyak 42.9 peratus atau 10 kes daripada tujuh kes.

“Siasatan mendapati kebanyakan kemalangan maut berlaku dalam keadaan jalan yang baik, cuaca cerah dan aliran trafik lancar.

“Punca kemalangan yang berlaku termasuk membabitkan kematian, bukan disebabkan keadaan jalan, tetapi tingkah laku pemandu dan penunggang,” katanya, lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Mohd Zamri berkata, kes kemalangan maut bukan hanya membabitkan kenderaan lain, sebaliknya ada yang disebabkan kerana terbabas sendiri.

Katanya, siasatan mendapati punca kritikal dikenal pasti adalah memandu melebihi had laju, jarak kenderaan terlalu rapat, kegagalan pemandu atau penunggang menjangka pergerakan kenderaan diekori dan tumpuan rendah ketika memandu.

“Sepanjang Ops HRA diadakan, sebanyak 38 motosikal disita, kereta (16), lori (dua) dan dua lain-lain kenderaan.

“Kita juga mengeluarkan 2,116 saman, notis arah periksa (198), jumlah lain-lain notis (624),” katanya.

Related Posts

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

SEMPORNA – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah lebih 329 kilogram (kg) dengan anggaran rampasan keseluruhan bernilai hampir RM18 juta dalam dua operasi berasingan di Tawau dan Semporna. Pesuruhjaya Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebimbangan orang ramai berhubung penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk komuniti etnik Rohingya di beberapa kawasan di daerah berkenaan. Menteri Besar Selangor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital