
KEPUTUSAN kerajaan untuk menyelaraskan kuota BUDI95 daripada 300 liter ke 200 liter sebulan menimbulkan pertanyaan ramai.
Sebenarnya,
- Persediaan negara menghadapi situasi luar jangka
Kuota diselaraskan kepada kepada 200 liter sebulan ialah selari dengan nasihat kerajaan yang menggalakkan rakyat berjimat cermat dalam pelbagai aspek, termasuk penggunaan bahan api.
Bukan hanya rakyat, tetapi kerajaan juga. Situasi sekarang terlalu pragmatik, boleh berubah dengan drastik dalam masa sekejap. Negara perlu bersiap sedia dengan bekalan bahan api yang ada.
- Kuota bantu kawal penyalahgunaan
Dalam situasi dunia kekurangan bahan api, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang mengintai kesempatan untuk buat ‘duit cepat’ dengan cara menjadi penyeludup dan menjualnya di sempadan-sempadan negara.
Keputusan penurunan kuota dibuat selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara, tentunya PMX telah mendapat maklumat awal daripada sumber risikan agensi-agensi keselamatan negara sebelum membuat keputusan.
- 200 liter mencukupi bagi majoriti
Penetapan kuota 200 liter adalah munasabah kerana berdasarkan data penggunaan sebenar, hampir 90 peratus rakyat menggunakan sekitar 200 liter sebulan atau kurang, malah lebih separuh menggunakan tidak sampai 150 liter. Ini menunjukkan had tersebut mencukupi bagi majoriti pengguna.
Tambahan pula, perubahan gaya kerja yang semakin fleksibel termasuk galakan kerja dari rumah dan sistem hibrid turut mengurangkan keperluan perjalanan harian, sekali gus menurunkan penggunaan bahan api.
Oleh itu, kuota 200 liter bukan sahaja mencukupi untuk kegunaan biasa, malah membantu kerajaan menyalurkan subsidi secara lebih bersasar dan mengurangkan pembaziran.
- Strategi fiskal negara
Walaupun kerajaan hanya bayar mengikut nilai penggunaan sebenar, limit siling subsidi harus disediakan mengikut kuota maksimum yang diberikan. Contoh, 34 juta penerima dengan 300 liter kuota maka kerajaan harus allocate jumlah peruntukan maksimum (34 juta pengguna x 300 liter kuota). Jadi ini ialah langkah ‘buffer’ fiskal berdasarkan data, bukan keputusan sesuka hati.
- Malaysia menuju subsidi bersasar
Maksud bersasar ialah memberikan subsidi mengikut keperluan dan keadaan. Ini yang sedang kerajaan lakukan, menyelaraskan mengikut keperluan rakyat. Lagi pun ini hanya sementara mengikut unjuran ekonomi global dan krisis keperluan bahan api dunia.
Kesimpulannya, penyelarasan kuota dari 300 ke 200 liter bukan penarikan subsidi rakyat, ianya hanyalah penyelarasan mengikut keperluan.
Fahami persoalan yang dihadapi. Jangan politikkan semua perkara. Marilah kita berdoa agar krisis segera selesai dan kita kembali kepada kehidupan sediakala. Aamiin.
*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)



