JPJ keluarkan 33,402 notis dalam 10 hari Op Aidilfitri

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 33,402 notis kesalahan dalam tempoh 10 hari pelaksanaan Operasi Hari Raya Aidilfitri 2026 sejak 16 Mac lalu.q

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, jumlah itu hasil pemeriksaan terhadap 172,479 kenderaan pelbagai kategori di seluruh negara, dengan 14,455 daripadanya dikenakan tindakan.

Menurutnya, notis yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk JPJ(P)22, notis arah periksa serta notis temu siasat Seksyen 114.

“Sebanyak 1,651 slip pemeriksaan turut dikeluarkan, manakala 289 kenderaan disita termasuk 43 kenderaan barangan yang melanggar larangan pemanduan (roadban),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemantauan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2026 di Pusat Kawalan Menora, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 2,566 kesalahan utama direkodkan dengan kegagalan memakai tali pinggang keledar paling tinggi (761 kes), diikuti membawa lebih muatan (353) dan melanggar lampu isyarat merah (317).

Kesalahan lain termasuk menggunakan telefon bimbit ketika memandu (207), memandu di lorong kecemasan (124) dan memotong di garisan berkembar (81).

“Johor mencatatkan kesalahan tertinggi iaitu 881 kes, diikuti Pahang (264) dan Perak (207).

“JPJ akan terus mempergiat penguatkuasaan bagi meningkatkan pematuhan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan