Everton belasah Chelsea 3-0

DUA jaringan Beto membantu Everton mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Hill Dickinson, awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Chelsea tewas buat kali keempat berturut-turut dalam semua pertandingan.

Chelsea kekal di tangga keenam liga pada 48 mata selepas 31 perlawanan, manakala Everton naik ke tangga ketujuh dengan 46 mata, sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk layak ke saingan Eropah musim depan.

Beto membuka jaringan pada minit ke-33 selepas menerima hantaran menarik James Garner, yang mempamerkan aksi cemerlang selepas menerima panggilan pertama ke skuad England minggu ini.

Penyerang itu kemudian menambah gol kedua selepas sejam permainan apabila menewaskan penjaga gol Robert Sanchez menerusi rembatan melepasi celah kakinya.

Iliman Ndiaye melengkapkan kemenangan Everton dengan jaringan ketiga pada minit ke-76 menerusi rembatan lencong ke penjuru atas gawang.

Kemenangan itu adalah yang terbesar buat Everton ke atas Chelsea sejak tahun 1987, selain menjadi kali pertama mereka mencatat kemenangan berturut-turut di stadium baharu di tebing Sungai Mersey.

Related Posts

Liga Remaja Kebangsaan 2026 sasar cungkil 60 pemain berkualiti

SERAMAI 60 pemain muda disasarkan untuk dikenal pasti menerusi penganjuran Liga Remaja Kebangsaan (LRK) 2026 sebagai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) dalam usaha melahirkan pelapis baharu bola sepak negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
England tewaskan Perancis 6-4, raih tempat ketiga terbaik Piala Dunia 2026

ENGLAND menewaskan Perancis 6-4 pada aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia yang penuh dramatik awal tadi, manakala Kylian Mbappe mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan itu. Kedua-dua pasukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia