Mustapha ceriakan 50 murid asnaf beli baju raya

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts. Mustapha Sakmud memanfaatkan penghujung bulan Ramadan membawa murid asnaf membeli baju raya. 

Menurutnya, seramai 50 murid asnaf daripada dua sekolah sekitar Sepanggar  iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gantisan dan SK Pengiran Siti Hafsah, Karambunai dipilih untuk mendapatkan sumbangan berkenaan. 

“Kita harap dengan sumbangan kecil daripada Parlimen ini akan dapat menceriakan keluarga mereka dalam menyambut Hari raya.

“Dan memang kita di Parlimen Sepanggar kita amat prihatin dengan mana-mana golongan yang amat memerlukan,” katanya dalam sidang media semasa program membeli baju raya di sini, pada Khamis. 

Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata, inisiatif berkenaan telah memasuki tahun ketiga dilaksanakan bagi mengelak anak-anak tersebut dari tercicir dan tidak dapat menikmati kegembiraan hari raya disebabkan masalah ketidakmampuan.

“Program ini diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan sekolah yang berbeza secara bergilir.

“Kita memberi keutamaan kepada murid daripada keluarga B40 khususnya yang tersenarai dalam eKasih, anak yatim serta golongan daif,” kongsinya.

Sementara itu, Noraniza Mulidan, 38, ibu kepada Nurul Syafira Makdam, salah seorang penerima sumbangan baju raya meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterima hari ini.

“Sangat-sangat gembira dapat bantuan daripada Datuk Mustapha.

“Ini pertama kali kami menerima bantuan seperti ini dan saya ucapkan terima kasih kepada Datuk,” kongsinya.

Noraniza yang mempunyai lima orang anak berkata, bantuan tersebut sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan keluarga terutamanya untuk membeli baju raya.

“Kalau semua lima orang anak mahu beli baju raya memang banyak perbelanjaannya.

“Jadi bantuan ini jimat sikit, saya tidak perlu beli balik untuk dia. Anak saya pun sangat suka baju yang dia pilih sendiri tadi,” ujarnya.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi