Wujud kecurigaan, tawaran pengambilalihan IJM perlu diteliti secara holistik

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa meneliti secara proaktif keseluruhan proses tawaran pengambilalihan IJM Corporation Berhad (IJM) oleh Sunway Berhad (Sunway) yang didakwa dibuat pada harga jauh lebih rendah daripada nilai sebenar syarikat tersebut.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, mana-mana transaksi korporat berskala besar yang melibatkan syarikat tersenarai awam, ketelusan, keadilan kepada pemegang saham minoriti dan integriti dalam proses rundingan adalah prinsip asas yang tidak boleh dikompromi.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkembangan berkenaan susulan tawaran pengambilalihan yang dilaporkan pada harga RM3.15 sesaham, sedangkan nilai sebenar syarikat berkenaan dianggarkan berada dalam lingkungan RM5.84 hingga RM6.48 sesaham, berdasarkan penilaian bebas oleh penasihat.

“Perbezaan yang sangat besar ini, diskaun antara 46 peratus hingga 52 peratus daripada nilai sebenar telah menimbulkan persoalan serius dari sudut tadbir urus korporat, integriti proses penilaian, serta perlindungan kepentingan pemegang saham.

“Sekiranya terdapat pihak dalaman atau mana-mana individu yang cuba mempengaruhi keputusan korporat sehingga menyebabkan aset strategik dijual pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai sebenar, tindakan tersebut boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap amanah pemegang saham dan pasaran modal negara,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Lebih membimbangkan, Jais berpendapat, IJM merupakan syarikat yang mempunyai projek infrastruktur utama seperti West Coast Expressway, projek lebuh raya dan pembangunan antarabangsa, yang berpotensi menjana nilai jangka panjang yang besar.

“Menjual kepentingan strategik pada tahap nilai yang tidak munasabah boleh memberi kesan kepada pelabur institusi termasuk dana yang mewakili kepentingan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Jais menegaskan, keperluan buat SPRM menyiasat sekiranya wujud unsur conflict of interest, insider dealing, manipulasi penilaian atau pengaruh tidak wajar dalam rundingan pengambilalihan tersebut.

Pada masa sama, beliau berpandangan, pihak berkuasa itu juga perlu mengenal pasti sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba menjual aset korporat strategik negara pada harga yang tidak adil.

“MCW juga menegaskan bahawa pasaran modal Malaysia hanya akan kekal diyakini pelabur sekiranya standard integriti, akauntabiliti dan tadbir urus korporat ditegakkan tanpa kompromi.

“Sebarang cubaan untuk memperkayakan pihak tertentu melalui transaksi korporat yang merugikan pemegang saham mesti disiasat secara telus dan menyeluruh. Integriti dalam dunia korporat adalah sama pentingnya dengan integriti dalam sektor awam,” katanya.

Terdahulu, penasihat bebas IJM pada Jumaat dilapor berkata, tawaran pengambilalihan oleh Sunway pada harga RM3.15 sesaham adalah tidak adil dan tidak munasabah sekali gus mengesyorkan pemegang saham menolak tawaran itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IJM berkata, penasihat yang dilantik, M&A Securities Sdn Bhd berkata harga tawaran itu adalah pada diskaun antara RM2.69 hingga RM3.33, iaitu kira-kira 46.1 peratus hingga 51.4 peratus berbanding anggaran nilai saham IJM dalam lingkungan RM5.84 hingga RM6.48.

Related Posts

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memperkukuh perlindungan serta menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat yang tampil mendedahkan kegiatan kartel dan amalan penipuan bidaan susulan pindaan Akta Persaingan 2010…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

KANGAR – Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini turut dirasai seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyifatkannya sebagai kehilangan seorang tokoh wanita negara. Ketua Polis Negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan