Kedatangan Kulasegaran dikecam, cetuskan lagi persepsi negatif

GEORGE TOWN – Pemuda UMNO Pulau Pinang mengecam tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang dilihat mengiringi seorang tertuduh di Mahkamah Majistret Jawi pada pagi ini.

Tindakan itu disifatkan mencetuskan persepsi negatif terhadap integriti sistem perundangan negara.

Ketuanya, Mohd Hilmi Elias berkata, kehadiran Kulasegaran bersama tertuduh, Arun Dorasamy bukan sahaja menimbulkan persoalan terhadap prinsip keadilan, malah memberi gambaran seolah-olah wujud layanan berbeza dalam pelaksanaan undang-undang.

Menurutnya, dalam keadaan kebanyakan tertuduh lain dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari, tindakan seorang pemimpin kerajaan mengiringi individu yang berdepan pertuduhan adalah tidak wajar dan mencalar imej institusi kehakiman.

“Walaupun penjelasan diberikan bahawa beliau hanya singgah sebentar, hakikatnya persepsi awam tidak boleh dipandang ringan.

“Dalam politik dan pentadbiran, soal persepsi sama penting dengan tindakan, lebih-lebih lagi melibatkan seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya mempertahankan prinsip keadilan tanpa prejudis,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut mencerminkan kegagalan memahami sensitiviti serta tanggungjawab moral yang datang bersama jawatan yang dipegang selain memberi isyarat seolah-olah wujud ‘dua darjat’ dalam sistem perundangan negara.

Sehubungan itu, Mohd Hilmi mendesak Kulasegaran tampil memberikan penjelasan lebih tuntas kepada rakyat selain mempertimbangkan kedudukannya dalam kerajaan.

“Individu yang gagal menjaga integriti dan persepsi awam tidak seharusnya terus diberi kepercayaan untuk berada dalam saf kepimpinan negara.

“Rakyat sedang memerhati. Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan tanpa sebarang keraguan,” katanya.

Terdahulu, Kulasegaran dilihat menemani Arun Dorasamy di Mahkamah Majistret Jawi, Nibong Tebal yang menghadapi pertuduhan membuat kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam pada tahun lalu.

Kulasegaran bagaimanapun tidak memasuki kamar mahkamah, sebaliknya dilihat meninggalkan kompleks mahkamah sejurus Arun dan barisan peguamnya memasuki kamar mahkamah.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula