Tamim Dahri sudah ‘terlepas’ ke Riyadh, mahkamah tangguh perbicaraan

LANGKAWI – Mahkamah Majistret di sini menangguhkan pertuduhan terhadap aktivis Tamim Dahri Abdul Razak sehingga 15 Mei depan selepas tertuduh dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.

Majistret Hemy Annerina Haja Mydin menetapkan tarikh baru selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, memohon tempoh sekurang-kurangnya dua bulan untuk membolehkan tertuduh dibawa ke mahkamah.

Dalam prosiding di Mahkamah Majistret tersebut, Tamin Dahri yang dijadualkan didakwa pada Selasa keluar dari negara ini melalui Bukit Kayu Hitam ke Thailand pada 9 Mac.

Tertuduh telah dikesan ke Arab Saudi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah belum dapat mengesahkan sama ada tertuduh menggunakan visa pelancong atau visa umrah.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama pada Selasa.

Selain Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, dua lagi yang akan dituduh ialah Tamim Dahri dan P Mahendra Boopathy.

Tamim Dahri akan dituduh di Mahkamah Langkawi mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula