Program Singgah Sahur santuni petugas kesihatan, pasukan keselamatan dan gelandangan

KOTA KINABALU – Petugas kesihatan, pasukan keselamatan dan golongan gelandangan disantuni di sekitar Kota Kinabalu sempena bulan Ramadan dalam Program Singgah Sahur.

Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Likas, Halizah Din berkata, program tersebut dianjurkan oleh Youth Power Club Kota Kinabalu dengan kerjasama Wanita, Pemuda dan Beliawanis PGRS Likas sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta usaha membantu golongan yang memerlukan.

‎”Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat khususnya dalam bulan Ramadan yang menekankan nilai ihsan, solidariti serta amalan kebajikan terhadap mereka yang memerlukan.

“Program kali kedua ini akan diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh nilai kemanusiaan di samping memberi sokongan moral kepada petugas barisan hadapan dan golongan kurang bernasib baik,” kongsinya kepada media selepas program berkenaan pada Sabtu.

Melalui program tersebut, ketiga-tiga sayap bersama ahli Youth Power Club Kota Kinabalu mengagihkan juadah sahur kepada petugas kesihatan yang sedang menjalankan tugas di Hospital Queen Elizabeth 1, anggota pasukan keselamatan di Balai Polis Kota Kinabalu dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Sembulan, selain turut menyantuni golongan gelandangan di sekitar Kota Kinabalu.

‎Hadir sama pada program ialah Ketua Pemuda PGRS Likas, Syamee Mohd Ron; Ketua Beliawanis PGRS Likas, Noor Azee Ashikeen Asngari dan Adem Firdaus Mohd Bahrin.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu