‎Mustapha santuni petugas barisan hadapan, agih pek berbuka puasa

KOTA KINABALU – Program Santuni Wira MADANI yang dilaksanakan hari ini menjadi manifestasi penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan anggota keselamatan serta petugas kesihatan yang sentiasa komited berkhidmat kepada rakyat dan negara.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, program itu bertujuan untuk menyantuni wira negara sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan antara kerajaan dan petugas barisan hadapan.

‎“Ia adalah tanda apresiasi kita terhadap komitmen tidak berbelah bahagi anggota keselamatan serta petugas kesihatan yang tetap menjalankan tanggungjawab walaupun di bulan yang mulia ini.

‎”Sepanjang program itu, sebanyak 700 pek berbuka puasa telah diagihkan di tiga lokasi utama di sekitar Kota Kinabalu.

‎”Agihan merangkumi 350 pek di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, diikuti 200 pek di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, manakala 150 pek lagi diserahkan kepada anggota di Balai Polis Inanam,” kongsinya kepada media di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, pada Sabtu.

Tambah Mustapha, inisiatif tersebut diharapkan dapat menyuntik semangat dan memberi keceriaan kepada para petugas yang menjadi tulang belakang dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Turut mengiringi Mustapha mengagihkan pek berbuka puasa di lokasi-lokasi berkenaan ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu