Sekolah pondok, maahad tahfiz di Sarawak bakal diperkenal teknologi AI

KUCHING Kerajaan MADANI merancang untuk memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di institusi pendidikan agama yang merangkumi sekolah pondok dan maahad tahfiz di Sarawak.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perancangan awal kini sedang dirangka bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi mendedahkan pelajar terbabit kepada kemajuan teknologi semasa.  

Langkah tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan golongan pelajar aliran agama tidak tercicir daripada arus permodenan.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada Jumaat.  

Selain pendedahan kepada teknologi baharu, Perdana Menteri turut menggesa agar institusi pondok memperluaskan bidang pembelajaran dengan menerapkan penguasaan bahasa Inggeris dan Sejarah.  

“Saya minta pondok-pondok ini jangan tersisih, belajarlah bahasa terutama bahasa Inggeris, belajarlah sejarah, jangan dipisah daripada sejarah kita,” jelas beliau.  

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengganggu asas teras pendidikan dan sistem tarbiah sedia ada di pusat pengajian agama berkenaan.  

Dalam perkembangan sama, Anwar turut memaklumkan persetujuan untuk meluluskan sejumlah peruntukan dana khas bagi membantu pembangunan maahad tahfiz dan sekolah pondok di negeri tersebut.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat