PM puji inisiatif kreatif Premier Sarawak depani cabaran ekonomi

KUCHING Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji inisiatif dan kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kesungguhan beliau sentiasa mencari idea serta ikhtiar baharu dalam menyelesaikan masalah secara kreatif.  

Beliau turut menggesa barisan pemimpin dan penjawat awam supaya mengadaptasi konsep ‘creative destruction’ atau mencari jalan penyelesaian inovatif apabila berdepan masalah luar jangka.  

Menurut Anwar, konsep tersebut menuntut pihak pentadbir untuk membina semula ekonomi menggunakan kepintaran dan kreativiti selepas berlakunya sebarang ‘kerosakan’ atau krisis, dan bukannya sekadar menyerah kepada nasib.  

“Kalau kita lihat rupanya apa yang Premier (Abang Johari) fikir… cari jalan baharu, cari ikhtiar baharu bagaimana boleh merungkai masalah ini secara kreatif,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada Jumaat.  

Tambah beliau, setiap kali kunjungannya ke negeri tersebut, Premier Sarawak sentiasa tampil dengan idea dan pendekatan baharu yang boleh diketengahkan.  

Jelas Anwar, sikap pemimpin yang sentiasa memikirkan instrumen serta menekan pelaksanaannya secara menyeluruh bersama barisan menteri, penjawat awam dan sektor swasta adalah ciri kepemimpinan yang amat diperlukan oleh negara pada masa kini.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak 

Related Posts

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

MIRI – Seorang lelaki maut akibat dihempap sebuah jentolak dalam satu insiden tragis yang berlaku di kawasan Long Seridan, Marudi pada Ahad. Mangsa yang dikenali sebagai Mancha Lingan, 40, disahkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0