Fenomena ‘battle’ di media sosial dikesan ancam maruah

PUTRAJAYA – Wujud keperluan buat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempertingkatkan pemantauan terhadap kandungan siaran langsung yang berunsur lucah, sumbang atau menjatuhkan maruah.

Naib Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Datuk Mohd Faiz Zulkifli berkata, platform media sosial juga perlu memperketatkan algoritma dan pemantauan terhadap sesi ‘battle’ yang menjurus kepada eksploitasi atau ‘punishment’ tidak bermoral.

“SKMM perlu meningkatkan penguatkuasaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta peruntukan berkaitan dalam Kanun Keseksaan terhadap individu yang sengaja menghasilkan kandungan melampaui batas dan berunsur lucah atau menyentuh sensitiviti tidak sepatutnya.

“Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan mendidik anak-anak supaya tidak terpengaruh dengan budaya popular yang berasaskan sensasi dan ganjaran kewangan segera, Kebelakangan ini terdapat trend ‘battle’ atau siaran langsung berbentuk pertandingan di media sosial semakin mendapat perhatian,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Faiz menegaskan, kaedah itu akan menggunakan dua individu bersaing berdasarkan jumlah ‘tap’, ‘like’ dan ‘gift’ daripada penonton manakala pihak yang kalah pula akan dikenakan hukuman yang perlu dilakukan secara langsung di hadapan penonton.

Katanya, kebimbangan fenomena itu bukanlah perkara baharu susulan sebelum ini, isu ‘PK Battle’ di TikTok pernah mendapat perhatian pihak berkuasa sehingga MCMC meminta penjelasan daripada pihak TikTok mengenai trend tersebut.

“Ketika itu, kebimbangan banyak tertumpu kepada aspek pemberian ‘gift’ yang membabitkan wang sebenar serta pengaruhnya terhadap pengguna muda namun pada masa ini, ia semakin membimbangkan apabila bentuk hukuman yang dilakukan menjadi semakin melampau.

“Dalam banyak keadaan, hukuman itu membabitkan aksi tidak sopan, memalukan atau menjatuhkan maruah diri semata-mata meningkatkan tontonan. Lebih merisaukan, sesi ‘battle’ membabitkan wanita sering kali mendapat jumlah tontonan yang lebih tinggi kerana sebahagian penonton terdorong untuk melihat aksi menjurus kepada unsur tidak senonoh,” katanya.

Tambahnya, situasi terbabit secara tidak langsung mewujudkan eksploitasi digital terhadap wanita, di mana maruah dan imej diri seolah-olah diperdagangkan demi mendapatkan perhatian, view dan ganjaran ‘gift’.

“Fenomena ini menggambarkan satu bentuk monetasi maruah, di mana kandungan yang lebih sensasi akan menarik lebih ramai penonton dan seterusnya meningkatkan pendapatan daripada hadiah maya.

“Tekanan daripada penonton yang meminta peserta melakukan hukuman tertentu akhirnya mendorong pencipta kandungan melakukan perkara yang melampaui batas,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Faiz memaklumkan, MTPN melihat isu itu bukan sekadar hiburan media sosial, tetapi satu perkembangan yang boleh memberi kesan kepada nilai masyarakat.

“Kita tidak boleh membiarkan budaya sensasi yang merendahkan maruah khususnya maruah wanita menjadi normal dalam ruang digital.

“Walaupun kita akui media sosial hari ini semakin sukar dikawal sepenuhnya, setiap pengguna tetap mempunyai tanggungjawab moral terhadap kandungan yang dihasilkan.

“Mereka yang membuat siaran langsung perlu berfikir dengan lebih matang dan melihat implikasi jangka panjang terhadap diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Related Posts

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan