179 rakyat Malaysia selamat tiba dari Doha menerusi operasi evakuasi

KUALA LUMPUR – Seramai 179 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air dari Doha, Qatar, tengah malam tadi menerusi Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat.

Mereka tiba dengan menaiki penerbangan Qatar Airways QR852 yang merupakan penerbangan pertama bagi laluan Doha–Kuala Lumpur selepas ruang udara ditutup pada 28 Februari lalu.

Jumlah berkenaan merangkumi 59 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas selain rakyat Malaysia yang menetap di Qatar dan pulang menggunakan tiket penerbangan yang dibeli sendiri.

Turut berada dalam penerbangan itu ialah beberapa warga asing termasuk dari Filipina dan Australia yang akan meneruskan perjalanan pulang ke negara masing-masing melalui penerbangan sambungan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berdasarkan semakan melalui portal penjejakan penerbangan, pesawat tersebut dilaporkan mendarat dengan selamat di KLIA pada jam 12.46 tengah malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan operasi evakuasi pertama bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara Asia Barat menerusi penerbangan khas Malaysia Airlines.

Penerbangan khas itu berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Jeddah kelmarin sebelum selamat tiba semula di KLIA pada jam 12.48 tengah hari semalam.

Operasi evakuasi berkenaan diselaraskan oleh MKN di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri serta perwakilan Malaysia di Jeddah, Doha dan Amman.

Perwakilan-Perwakilan Malaysia di negara terbabit turut membantu menyelaras pergerakan rakyat Malaysia yang terjejas termasuk proses pemindahan melalui laluan darat dari beberapa lokasi di rantau tersebut ke lapangan terbang bagi membolehkan mereka menyertai penerbangan pulang ke tanah air.

Related Posts

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

KANGAR – Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini turut dirasai seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyifatkannya sebagai kehilangan seorang tokoh wanita negara. Ketua Polis Negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPT susun semula syarikat pegangan universiti, termasuk UiTM Holdings

ASTANA – Satu pasukan khas diwujudkan bagi meneliti secara menyeluruh, termasuk aspek berkaitan syarikat pegangan universiti awam, termasuk UiTM Holdings Sdn Bhd, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia