Kerajaan batal rumah terbuka Aidilfitri, hadkan lawatan luar negara susulan konflik Asia Barat

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan semua kementerian, jabatan kerajaan, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil sebagai langkah berjimat-cermat selain memberi keutamaan kepada kesiapsiagaan negara berikutan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu dengan mengambil kira ketidaktentuan geopolitik global yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia.

“Ini mesej perbelanjaan lebih cermat. Walaupun bekalan minyak dan gas negara masih mencukupi, kita ambil langkah waras supaya tidak terjebak dalam keadaan lebih sukar. Sebaiknya sederhana dan bertanggungjawab,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Menurutnya, pembatalan semua program rumah terbuka yang melibatkan agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan bertujuan menunjukkan komitmen terhadap amalan kesederhanaan selain memastikan kedudukan fiskal negara terus terpelihara.

Pada masa sama, Anwar berkata, semua menteri, timbalan menteri, ketua jabatan serta agensi GLC dan GLIC juga dihadkan daripada melakukan lawatan ke luar negara kecuali bagi urusan yang benar-benar perlu dan telah dijadualkan.

“Menteri dan seluruh anggota pentadbiran serta jabatan dihadkan lawatan atau kunjungan luar negara kecuali yang wajib hadir. Oleh kerana perkembangan ini dalam masa yang pantas dan menuntut kita mengkaji secara dekat, kita putuskan mesyuarat Jemaah Menteri Khas akan diadakan pada pagi Jumaat, 13 Mac.

“Ini akan beri ruang kepada Jemaah Menteri untuk teliti kedudukan fiskal negara, pantau perkembangan semasa, dan tentukan hala tuju serta langkah seterusnya,” katanya lagi.

Beliau berkata perkembangan konflik di Asia Barat berlaku dengan pantas dan memerlukan kerajaan memberi perhatian sepenuhnya terhadap pemantauan ekonomi serta keselamatan rakyat.

“Oleh kerana perkembangan itu sangat cepat dan menuntut kita kaji secara dekat, maka kita putuskan lawatan luar negara dihadkan kecuali yang wajib. Keutamaan sekarang ialah memastikan persiapan negara berada pada tahap terbaik,” jelasnya.

Related Posts

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

KUALA LUMPUR – Tindakan sesetengah pihak sekolah menyembunyikan masalah demi menjaga imej dan prestasi institusi berkenaan antara perkara yang boleh menyumbang kepada berlarutannya isu keselamatan serta gejala buruk dalam kalangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu berunding dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terlebih dahulu sebelum mengambil langkah menghentikan peranan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam pendaftaran pelarian di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN