Tujuh beradik yatim piatu antara 30 penerima sumbangan pada Majlis Khatam Al-Quran & Iftar

KOTA KINABALU – Tujuh beradik yatim piatu antara 30 anak yatim dan golongan asnaf dari Kampung Ulu Putatan, Kampung Ketiau dan Kampung Sri Pandan menerima sumbangan pada Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadan Al-Mubarak bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penasihat Puspanita Cabang Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

‎Safar menyampaikan sumbangan tersebut sebelum majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama para penerima dan tetamu kehormat.

Majlis anjuran Puspanita Cawangan Negeri Sabah pada Sabtu itu menghimpunkan para ahli serta masyarakat setempat dalam usaha mengimarahkan Ramadan di samping menyantuni golongan memerlukan.

‎Terdahulu, acara dimulakan dengan majlis khatam al-Quran oleh ahli Puspanita Cawangan Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Dr Nuinda Alias.


‎Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Awaludin Nasution, yang mengingatkan para hadirin mengenai kepentingan memperbanyakkan amalan kebajikan serta membantu golongan kurang bernasib baik sepanjang bulan yang mulia ini.

‎Program seterusnya diteruskan dengan bacaan doa berbuka puasa sebelum para hadirin menikmati juadah iftar bersama diikuti solat fardu Maghrib secara berjemaah.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan