Penyertaan inisiatif Rumah Bangsa menggalakkan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK – Penyertaan semula bekas ahli dan pemimpin ke dalam UMNO menerusi inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan parti itu disifatkan amat menggalakkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, sambutan yang diterima terhadap konsep berkenaan sangat positif apabila ramai dalam kalangan bekas ahli dan pemimpin parti menyatakan hasrat untuk kembali bersama UMNO.

Menurutnya, permohonan yang diterima setakat ini menunjukkan perkembangan baik kepada usaha memperkukuh semula parti.

“Permohonan bekas ahli dan pemimpin untuk menyertai semula UMNO sangat menggalakkan dan ini satu perkembangan yang baik.

“Tambahan pula dalam bulan Ramadan ini, UMNO amat bersyukur kerana ada ‘saudara-saudara baharu’ yang timbul dalam kalangan mereka yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Ihya’ Ramadan Al-Mubarak 2026 Sumbangan Kepada Asnaf Parlimen Bagan Datuk melibatkan ketua isi rumah lelaki, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dengan kerjasama FELCRA Berhad di Dewan Dato’ Lope Hashim, Bagan Datuk pada Sabtu.

Dalam majlis itu, seramai 1,584 penerima menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM246,800.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, semua permohonan penyertaan semula itu diuruskan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurutnya, Jawatankuasa Rumah Bangsa telah mengadakan mesyuarat bagi meneliti setiap permohonan yang diterima sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Permohonan itu perlu dibuat secara rasmi bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

“Saya yakin tiada sebarang syarat dikenakan, namun permohonan perlu dibuat secara rasmi supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan ada bertemu dengan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ.

“Ya, saya bertemu beliau beberapa kali dalam majlis dan Insya-Allah secara rasmi beliau berhasrat untuk bertemu dengan saya.

“Seperti yang saya nyatakan mengenai konsep Rumah Bangsa, kita menerima sesiapa sahaja kecuali mungkin orang yang saya tidak kenal dan yang kepalanya masih keras,” katanya.

Related Posts

Abdul Azeez kecewa tuduhan rasuah, bertekad mahu bersihkan nama – Peguam

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim kecewa dengan pertuduhan rasuah yang dihadapinya dengan menyifatkan sebagai dakwaan tidak benar dan bertekad untuk membersihkan nama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong usaha Kerajaan MADANI membanteras rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abdul Azeez kecewa tuduhan rasuah, bertekad mahu bersihkan nama – Peguam

Abdul Azeez kecewa tuduhan rasuah, bertekad mahu bersihkan nama – Peguam

Bekas pengasuh taska didakwa aniaya budak berusia 2 tahun

Bekas pengasuh taska didakwa aniaya budak berusia 2 tahun

Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

Kerajaan Sabah disaran pertimbang penyediaan air minuman bersih percuma di sekolah

  • By Ithma
  • September 9, 2026
Kerajaan Sabah disaran pertimbang penyediaan air minuman bersih percuma di sekolah

Abdul Azeez direman dua hari bantu siasatan kes tipu hibah

Abdul Azeez direman dua hari bantu siasatan kes tipu hibah

Kerajaan Selangor jawab dakwaan Pas, tampil rekod bantuan kepada rakyat

Kerajaan Selangor jawab dakwaan Pas, tampil rekod bantuan kepada rakyat