Beroperasi dengan lesen tamat tempoh, pukat jerut bilis ditahan

LAHAD DATU – Padah menimpa sebuah vesel pukat jerut bilis yang beroperasi dengan lesen tamat tempoh selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu di perairan Kunak, pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, penahanan dilakukan pukul 4.45 petang pada kedudukan 2.6 batu nautika timur laut Pangkalan Kunak semasa Op PLUTO TIMUR 2/2023 dan Op TIRIS.

“Pemeriksaan awal mendapati, tekong warga Filipina berumur 37 tahun bersama dua kru berumur 27 dan 34 tahun memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati lesen vesel tersebut telah tamat tempoh,”katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Dzulfikhar berkata, kegagalan memperbaharui lesen bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menjejaskan kawalan serta pengurusan sumber perikanan negara.

Justeru beliau menggesa komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang laut dan menyalurkan maklumat aktiviti mencurigakan melalui WhatsApp 016-930 5727 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram