Mayat warga emas ditemukan tersangkut timbunan ranting kayu

LIMBANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika turun ke sungai untuk membaiki perahunya di Long Napir pada 26 Februari lalu akhirnya berakhir apabila mayat mangsa ditemukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Penolong Bomba Kanan (PBK) I Mazrom Ampahon berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Hendry Sian Tama Sian, 64, ditemukan pasukan SAR di hilir kawasan Long Kebar, Sungai Limbang.

Menurutnya, lokasi penemuan itu terletak kira-kira satu jam 45 minit dari lokasi asal kejadian perahu karam berkenaan.

“Mayat mangsa ditemukan berada pada timbunan ranting kayu sebelum berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan oleh pasukan penyelamat.

“Difahamkan, mayat kemudiannya dibawa ke Kampung Long Napir menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik penduduk kampung untuk tindakan lanjut pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mazrom berkata, sepanjang operasi memasuki hari ketiga itu, pencarian melibatkan keanggotaan daripada BBP Limbang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jelas beliau, operasi itu turut mendapat kerjasama padu daripada penduduk kampung yang membantu menggunakan beberapa buah bot persendirian.

“Dengan penemuan mayat mangsa ini, operasi SAR ditamatkan secara rasmi.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Terima kasih juga kepada semua pasukan penyelamat dan individu yang terlibat sepanjang operasi dijalankan,” ujarnya.

Related Posts

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan keputusan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang sekali gus mengundurkan diri daripada arena politik selepas hampir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

PENAMPANG – Keteguhan perpaduan dan kebersamaan adalah teras utama untuk maju bersama seterusnya memastikan kelestarian pembangunan Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji