Daud Bakar dituduh bersubahat dalam urus niaga sekuriti tanpa lesen

KUALA LUMPUR – Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, pada Isnin atas tuduhan bersubahat berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah, tiga tahun lalu.

Mohd Daud, 62, yang merupakan bekas Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Kedah 2023 mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Daud selaku wakil syarikat Energy Eco Berhad didakwa bersubahat dengan AUF MBZ Consortium PLT (AUF MBZ) berniaga dalam sekuriti sedangkan syarikat itu bukan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar untuk berniaga dalam sekuriti.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023, di C6-1, Jalan Reef ½, Pusat Perniagaan Reef, Rawang, Gombak.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Perenggan 370(c) dan Subseksyen 367(1) Akta sama dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 58(4) Akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 April ini sebagai tarikh sebutan kes.

Mohd Daud merupakan pengasas dan pengerusi eksekutif Amanie Group, dengan syarikat utamanya, Amanie Advisors, beroperasi di bandar-bandar raya di seluruh dunia sebagai firma penasihat yang pakar dalam kewangan Islam dan penyelesaian patuh syariah.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM), pernah mempengerusikan beberapa majlis penasihat syariah, termasuk di Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Beliau juga pernah mempengerusikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dari 2021 hingga 2024, serta berkhidmat sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari 2019 hingga 2022.

Sementara itu, Mohd Daud menganggotai lembaga syariah di pelbagai institusi kewangan antarabangsa, antaranya National Bank of Oman, Amundi Asset Management, BNP Paribas Najma, Natixis Bank, Morgan Stanley, Sedco Capital dan Dow Jones Islamic Market Index.

Related Posts

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

WALAUPUN dua negara ini berdekatan dan mempunyai budaya hampir sama tetapi memilih pendekatan yang sangat berbeza dalam soal bayaran kepada pemimpin tertinggi negara. Ketika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menggerakkan aset bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, namun masih menunggu pengesahan serta kebenaran daripada negara berkenaan. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin