Mustapha dilantik Pengerusi PH Sabah yang baharu 

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud dilantik sebagai Pengerusi PH Sabah yang baharu. 

Pelantikan itu dibuat dalam mesyuarat PH Sabah yang dihadiri wakil komponen utama iaitu DAP, Amanah dan PKR. 

Dalam pada itu, Datuk Phoong Jin Zhe (DAP) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi; Setiausaha, Abdul Razak Jamil (PKR); Ketua Pemuda, Zaidi Jatil (PKR); Ketua Wanita, Datuk Jannie Lasimbang (DAP) dan Bendahari, Datuk Chan Foong Hin (DAP).

Penstrukturan semula barisan kepimpinan itu susulan kekosongan beberapa jawatan selepas UPKO membuat keputusan untuk tidak lagi bersama PH.

Mustapha berkata, mesyuarat itu turut membincangkan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah. 

“Kita juga bincang secara panjang lebar tentang isu-isu yang berkaitan dengan MA63 khususnya 40 peratus.  

“Saya mendengar luahan daripada pimpinan parti yang begitu prihatin tentang isu dan meminta supaya isu ini dapat diselesaikan mengikut garis masa yang telah dibuat oleh pihak mahkamah. 

“Saya mendengar sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang tugasan khusus sebagai  kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63),” ujarnya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas Mesyuarat PH Sabah di Sheraton Hotel, di sini pada Ahad. 

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, segala pandangan dan luahan pimpinan parti akan diangkat kepada jawatankuasa teknikal dan pada mesyuarat akan datang.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff