Bersatu Perlis pilih berkecuali, enggan berpihak dalam kemelut pusat

KANGAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis mengambil pendirian berkecuali dan enggan berpihak kepada mana-mana kem susulan kemelut yang melanda parti itu di peringkat pusat.

Pengerusinya, Abu Bakar Hamzah berkata, Bersatu negeri tidak seharusnya dikaitkan dengan konflik dalaman di peringkat nasional kerana fokus utama ketika ini adalah kepada pentadbiran negeri.

Menurutnya, krisis yang berlaku adalah di peringkat pusat dan tidak mempunyai kaitan dengan kepimpinan serta pentadbiran Bersatu di Perlis.

“Bersatu negeri tidak boleh terlibat dalam kemelut di peringkat pusat memandangkan Perikatan Nasional (PN) di Perlis juga baharu sahaja selesai mendepani kemelut yang melanda gabungan itu.

“Saya berharap Bersatu Perlis dikecualikan atau tidak dikaitkan dengan mana-mana kem di dalam parti memandangkan kita semua adalah keluarga,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian Bersatu di peringkat negeri susulan isu pemecatan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada parti itu.

Abu Bakar berkata, beliau bersama empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di negeri ini akan kekal tenang dan berprinsip dalam menghadapi situasi tersebut.

Katanya, Bersatu Perlis juga tidak berdepan sebarang masalah dalam pengurusan bersama kepimpinan Pas di negeri ini.

“Kita juga tidak ada masalah dalam pengurusan bersama kepimpinan Pas di Perlis, jadi kita kena pastikan kali ini, dalam pilihan raya akan datang, kita dapat pertahankan PN di Perlis,” katanya.

Beliau menambah, Bersatu negeri akan terus memantau perkembangan di peringkat pusat dan berharap penyatuan dapat dicapai demi mengukuhkan kerajaan PN.

“Buat masa ini, kita akan terus fokus dalam memberi perhatian kepada penyatuan dan kebajikan rakyat di negeri ini,” katanya.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman