21 individu ditahan ceroboh tanah milik Sultan Pahang

KUANTAN – Seramai 21 individu terdiri daripada empat lelaki dan 17 wanita ditahan kerana disyaki menceroboh tanah milik Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, penahanan dilakukan semalam selepas pihak polis menerima aduan mengenai pencerobohan itu daripada wakil syarikat dilantik mengusahakan tanah berkenaan.

“Berdasarkan laporan, sekumpulan individu telah menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong buah kelapa sawit di kawasan ladang milik seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran.

“Bagi membantu siasatan, pihak polis telah menahan seramai 4 lelaki dan 17 perempuan Orang Asli berusia lingkungan 26 tahun hingga 60 tahun di dalam kawasan ladang berkenaan kerana terlibat menceroboh tanah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara boleh sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Suspek juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai 2 tahun atau denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan aktiviti pencerobohan tanah.

“Mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan sah untuk mengusahakan tanah.

“Pihak polis menasihati masyarakat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini,” ujarnya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak