Kaul Kampung Petanak eratkan perpaduan masyarakat Mukah – Royston

Tengku Majid

MUKAH – Upacara Kaul Kampung Petanak yang diadakan setiap tahun bukan sahaja menjadi lambang kelestarian warisan budaya masyarakat setempat, malah berperanan mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, program berasaskan budaya seperti Kaul perlu diteruskan kerana ia bukan sahaja memelihara identiti dan tradisi masyarakat Melanau, malah menjadi medium memperkukuh keharmonian sosial di Mukah.

“Penganjuran Kaul ini mencerminkan semangat kebersamaan serta hubungan erat dalam kalangan penduduk tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan usia,” katanya ketika menghadiri Upacara Kaul Kampung Petanak Tahun 2026 di Tugek, Kuala Sungai Petanak, pada Sabtu.

Upacara berkenaan dimulakan dengan ritual perarakan serahang yang dipacak bermula di Paeh Batou, seterusnya di Bateang Pemalei sebelum berakhir di Kuala Sungai Petanak.

Selain itu, Royston berkata, acara tradisi Keman Kaul turut diadakan secara gotong-royong melibatkan jamuan pelbagai jenis makanan tradisional dan kuih-muih yang dibawa oleh penduduk untuk dinikmati bersama di kawasan pantai.

“Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka anjuran Jawatankuasa Kaul Kampung Petanak dan Unit SABERKAS YUSAPET yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat”, tambahnya.

Menurutnya lagi, kesinambungan penganjuran Kaul diyakini mampu menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian masyarakat, selari dengan aspirasi menjadikan Mukah sebagai sebuah daerah yang aman, makmur dan bersatu padu.

Turut hadir bersama Penghulu Norbert Bait, KK Assie Aneh, KK Jeffridin Saime, Kr Kamsiah Drasing dan penduduk Kg Petanak.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam