Pendakwah terkenal direman lagi disyaki seleweng dana RM1.3 juta

ALOR SETAR- Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman seorang pendakwah terkenal untuk kali kedua serta seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan dan dakwah kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 8 Februari 2026 terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Nur Amalina Abd Rahman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an telah ditahan sekali lagi kira-kira jam 6 petang Khamis di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani melibatkan satu siasatan lain.

Sebelum ini, kedua-dua suspek telah ditahan direman selama satu hari pada Khamis selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani dan telah dibebaskan pada jam 5 petang pada hari sama.

“Kedua-dua suspek, di mana pendakwah bebas tersebut yang juga merupakan Pengarah Urusan institusi pendidikan dan dakwah direman buat kali kedua kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta yang dimasukkan ke dalam akaun persendiriannya.

“Pada masa sama, siasatan turut mendapati kedua-dua suspek telah meluluskan pembayaran untuk pembelian rumah bernilai kira-kira RM500,000,” katanya.

SPRM membuat permohonan reman pendakwah bebas dan kakitangannya kali kedua pada Jumaat.

Semalam, kedua-dua suspek telah ditahan reman kerana telah menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 sebagai bayaran mengumpul dana institusi tersebut tanpa mendapat kelulusan daripada rakan kongsi yang lain.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Menurutnya, siasatan dijalankan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM sejak Oktober tahun lalu.

Kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Related Posts

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion