Hospital Ranau berpotensi dinaik taraf kepada Hospital Pakar Minor


KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menyambut baik cadangan menaik taraf Hospital Ranau kepada status Hospital Pakar Minor.

Beliau berkata, menjadi komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk terus memperkukuh sistem kesihatan awam selaras dengan keperluan rakyat di seluruh negeri.

“Antara perancangan utama ialah pembinaan bangunan baharu di kawasan sedia ada Hospital Ranau yang akan dilengkapi dengan wad pesakit, unit diagnostik dan pengimejan perubatan, ruang rawatan klinikal serta pelbagai kemudahan sokongan perubatan yang lebih lengkap.

“Projek ini juga melibatkan peluasan kawasan tempat letak kereta bagi menjamin keselesaan pesakit, ahli keluarga serta pengunjung hospital,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Terdahulu, cadangan tersebut dibentangkan Pengarah Hospital Ranau, Dr Roniyuzam Abdul Malik semasa kunjungan hormat kepada Masidi.

Masidi yang juga ADUN Karanaan berkata, perancangan itu turut merangkumi penambahan pelbagai fasiliti baharu termasuk peningkatan kemudahan pesakit serta penyediaan mesin imbasan (scan) terkini bagi memperkukuh perkhidmatan diagnostik.

Menurutnya, pembinaan Klinik Kesihatan di lokasi-lokasi strategik juga dicadangkan bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, khususnya penduduk di kawasan kampung terpencil yang tinggal jauh dari hospital daerah.

“Cadangan pembangunan ini dijangka dapat meningkatkan akses serta kualiti perkhidmatan kesihatan, sekali gus memudahkan urusan orang awam khususnya penduduk di daerah itu disamping mengurangkan keperluan rujukan ke hospital di luar kawasan,” jelasnya.

Related Posts

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang dijangka masih kekal mempertandingkan 82 kerusi sedia ada berikutan proses kajian semula persempadanan bagi 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah