Jalan Kg Lanas dinaik taraf hasil usaha dua tahun

PENSIANGAN – Projek menaik taraf Jalan Kampung Lanas daripada jalan gravel kepada jalan berturap aspal sepanjang 1.85 kilometer di Parlimen Pensiangan kini mula direalisasikan selepas hampir dua tahun usaha berterusan dilakukan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek berkenaan merupakan hasil komitmen dan usaha berpanjangan beliau sejak memegang jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebelum ini, demi memastikan pembangunan berimpak besar dapat dibawa ke kawasan luar bandar.

Katanya, kelulusan projek itu dibuktikan melalui surat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bertarikh 18 September 2023 yang merujuk kepada permohonan rasmi beliau pada 31 Julai 2023.

“Penantian dan usaha ini bukanlah secara sia-sia. Projek ini merupakan hasil komitmen saya seperti yang saya berjaya usahakan di tempat lain sebelum ini.

“Ianya untuk mencapai impian saya untuk membawa pembangunan yang berimpak besar demi meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, pada Rabu.

Dalam pada itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut memaklumkan usaha menaik taraf beberapa jalan lain di kawasannya sedang giat dilaksanakan dan perkembangan berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan dan kerjasama. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

“Satu lagi projek pembangunan baharu untuk Parlimen Pensiangan. Satu lagi pencapaian untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat kita,” ujarnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan