Tiada kompromi terhadap rumah ibadat tidak sah, undang-undang mesti ditegakkan

PUTRAJAYA – Rumah ibadat yang dibina atas tanah milikan orang lain tanpa kebenaran, milikan kerajaan atau tidak mendapat kelulusan pembinaan oleh pihak berkuasa tempatan, maka ia menjadikan struktur tersebut tidak sah atau dalam erti kata lain haram.

Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpandangan, semua struktur dan pemilikan tempat mengadakan upacara keagamaan perlulah sah, tanpa mengira apa agama sekalipun.

Menurut beliau, tempat upacara keagamaan atau rumah anutan yang dibuat di tanah orang lain atau tanpa kelulusan pihak berwajib juga semestinya melanggar undang-undang.

“Sehubungan itu, suatu perlanggaran undang-undang mesti diperbetulkan tanpa kompromi yang memberi faedah kepada orang yang melanggar undang-undang tersebut kerana ia akan menggalakkan lebih ramai lagi melanggar undang-undang demi mendapat faedah dari perlanggaran itu.

“Haram tetap haram jangan diberi pampasan. Ia haram dari sudut undang-undang bukan agama. Ini bukan isu provokasi tetapi kedaulatan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Sementara itu, Zainul Rijal yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) melahirkan rasa hairan apabila ada pihak yang melabelkan kumpulan yang mempertahankan undang-undang berhubung isu binaan rumat ibadat haram itu sebagai ekstremis.

“Sedangkan, lazimnya ekstremis adalah golongan yang melanggar undang-undang, bukan kumpulan yang ingin menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Tambah beliau, kelemahan menguatkuasakan undang-undang menzahirkan kegagalan pihak berwajib menangani isu itu dengan baik.

“Jika berlaku runtuhan di premis anutan haram ini dan menyebabkan kecederaan dan kematian, siapakah yang akan bertanggung jawab atas kecelakaan tersebut?

“Adakah badan keagamaan tersebut bertanggungjawab sepenuhnya atau pihak berkuasa tempatan yang gagal memastikan struktur dibina selamat, ataupun pihak kerajaan atau individu lain yang merupakan pemilik tanah?

“Saya sokong Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dan potes yang akan diadakan pada 7 Febuari ini dan orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakannya,” katanya.

  • Related Posts

    Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

    MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

    KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

    Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

    Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

    Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

    Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

    Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

    Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

    Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

    Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

    Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

    PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

    PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar