Shamshor dilantik Panglima 5 Divisyen baharu

LOK KAWI – Istiadat Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 5 Divisyen antara Mejar Jeneral Datuk Haji Noorrul Azril Ariffin dan Mejar Jeneral Shamshor Jaafar berlangsung dengan penuh tradisi ketenteraan di Padang Kawad Rejimen Ke-6 Rejimen Artileri Diraja (6 RAD), Kem Lok Kawi, hari ini.

Perbarisan yang disertai 15 pegawai dan 263 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) itu diiringi oleh Pancaragam Gabungan Formasi 5 Divisyen, sekali gus mencerminkan disiplin serta semangat pasukan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Panglima 5 Divisyen sebelum diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat.

Istiadat kemuncak menyaksikan penandatanganan Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 5 Divisyen daripada Noorrul Azril kepada Shamshor.

Upacara bersejarah itu disaksikan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.

Untuk rekod, Noorrul Azril memegang jawatan Panglima 5 Divisyen Infantri Malaysia sejak 11 September 2024 dan telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan operasi formasi itu.

Turut hadir ialah Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zamri; Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Jagjit Singh Indar Singh; Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk Dr Lim Teck Kiong serta Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen, Kolonel Hj Hizamuddin Haris bersama pegawai kanan 5 Divisyen.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar