Ops Dadu Saratok: Dua ditahan, empat premis diperiksa

SARATOK – Polis Daerah Saratok menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Dadu (BSJD) telah menjalankan pemeriksaan ke atas empat premis sekitar Saratok serta Roban dalam satu Operasi Dadu yang dijalankan petang semalam dan menahan dua individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian nombor ekor.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi yang bermula sekitar jam 4.15 petang itu bertujuan membanteras kegiatan perjudian haram yang semakin aktif dijalankan secara konvensional dan atas talian.

“Pihak polis memandang serius sebarang bentuk aktiviti perjudian haram kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat dan ketenteraman awam. Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan polis dalam membanteras kegiatan tersebut,” katanya.

Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun di sebuah pondok di Roban, Sarawak kerana disyaki menjalankan aktiviti penjualan nombor ekor awam haram. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, keratan kertas mengandungi catatan nombor loteri, sebatang pen serta wang tunai berjumlah RM20.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku bertindak sebagai agen jualan nombor ekor awam haram di sekitar Roban dan menggunakan telefon pintar untuk urusan jualan tersebut,” jelas DSP Mathew.

Tambahnya, serbuan keempat yang dijalankan di sebuah bengkel kereta Power Up Everbest, Jalan Wawasan Saratok membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berumur 72 tahun. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM85.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku menjalankan kegiatan jualan nombor ekor awam haram sebagai pendapatan sampingan selain bekerja sebagai penghantar barangan pos secara tunai semasa penghantaran (COD).

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan telah diklasifikasikan sebagai selesai. Ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek turut didapati negatif.

“Polis Daerah Saratok akan terus mempergiatkan operasi dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kegiatan perjudian haram dapat dibendung sepenuhnya,” tegas beliau.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti perjudian haram kepada pihak polis bagi membantu usaha mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Related Posts

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih. Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah menafikan satu siaran langsung yang menggunakan halaman Facebook ‘PKR Sabah’ sebagai kenyataan rasmi parti di peringkat negeri.‎‎Menurut kenyataan media dikeluarkan Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN