Mandat rakyat: Naim, Miha zahir terima kasih kepada pengundi Kinabatangan

Oleh: FATIN & FANDI

KINABATANGAN – Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh masyarakat Kinabatangan yang menunaikan tanggungjawab demokrasi serta memberi kepercayaan kepadanya pada pilihan raya kali ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibunya; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, serta seluruh jentera Barisan Nasional (BN) dan Parti Gabungan Perpaduan Sabah yang bertungkus-lumus sepanjang kempen.

Menurutnya, mandat yang diberikan rakyat merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan penuh keikhlasan.

“Insya-Allah, saya berjanji akan bekerja sebaik mungkin untuk semua yang telah memilih saya dan seluruh rakyat Kinabatangan tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam sidang media selepas Pengumuman Keputusan Rasmi Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.

Tambah Naim, pemilihannya adalah berasaskan pelbagai pertimbangan dan kepercayaan rakyat, justeru tanggungjawab yang digalas walaupun bersifat sementara, namun tetap besar dan mencabar.

“Saya sedar tugas ini tidak kekal, tetapi amanah ini sangat besar.

“Insya-Allah, khidmat bakti saya akan sentiasa berteraskan kepentingan dan kesejahteraan masyarakat Kinabatangan,” ujarnya.

Sementara itu, ADUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) turut menzahirkan penghargaan pada kepimpinan tertinggi BN di atas ruang dan peluang yang diberikan kepadanya.

Menurut Miha, sebelum ini beliau aktif bergerak sebagai wakil NGO, namun amanah yang dipikul kini diteruskan dalam kapasiti lebih besar bagi membawa dan memperjuangkan suara rakyat Lamag di DUN.

“Terima kasih kepada seluruh warga Lamag yang tidak pernah berhenti memberi sokongan dan dengan berakhir PRK ini kita satukan kembali hubungan menjadikan Lamag sebagai tempat berpadu,” ujarnya.

Pada PRK Parlimen Kinabatangan, Naim yang juga Ketua Pemuda Kinabatangan itu memperoleh 19,852 undi dengan majoriti 14,214 mengalahkan pencabarnya, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas) masing-masing memperoleh 5,638 undi dan 946 undi.

Manakala Miha menang 7,269 undi dengan majoriti sebanyak 5,681 mengalahkan Mazliwati Abdul Malek (Warisan) yang memperoleh 1,588 undi.

Related Posts

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut
  • AdenAden
  • September 12, 2026

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

SHAH ALAM – Penggunaan istilah ‘Guru’ dan ‘Slayyy’ antara yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook malam tadi, dipercayai membalas secara berseloroh sindiran Timbalannya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat