SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI terhadap kesejahteraan penjawat awam di seluruh negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi penjawat awam, Umi Kalsum Rasini kenaikan gaji yang diterima memberi kelegaan serta membantu dalam pengurusan perbelanjaan harian.

“Pelarasan gaji ini banyak memberi kelegaan dan membantu dalam perbelanjaan harian. Kenaikan ini akan digunakan secara berkhemah dengan mengutamakan keperluan sahaja.

“Saya menghargai usaha Kerajaan MADANI yang mana di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa menjaga kebajikan awam,” ujar pegawai di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Ibu Pejabat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu.

Sementara itu, rakan setugasnya, Alloysius Anak Nain berkata, beliau melihat pelarasan gaji penjawat awam ini sebagai satu inisiatif yang amat positif.

“Pendekatan ini memastikan kebajikan penjawat awam dititikberatkan oleh Kerajaan MADANI. Ia membantu dari segi keperluan harian, perbelanjaan keluarga dan perancangan kewangan yang lebih teratur.

“Saya akan utamakan keperluan asas dan juga akan menyimpan sedikit untuk masa hadapan,” ujarnya ketika dihubungi wartawan TMP, di sini pada Khamis.

Sementara itu, Pegawai Bomba, Floyd Petrus Gasam, seorang berkata, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus baru-baru ini telah mengukir senyuman para penjawat awam.

Jelasnya, kenaikan itu bukan sahaja meningkatkan simpanan malah turut menggembirakan keluarganya.

“Selama pemerintahan kerajaan MADANI, ini kali kedua dapat. Kesemuanya 15 peratus jadi ini sangat-sangat membantu dalam perbelanjaan harian.

“Inisiatif ini sangat-sangat bagus. Saya sangat berterima kasih Kerajaan MADANI yang sangat prihatin dan memahami keperluan penjawat awam,” luahnya yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 24 tahun.

Bagi Malbert Suidi, yang juga Pegawai Bomba, beliau meluahkan rasa syukur dengan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus yang dinikmati penjawat awam selepas sekian lama.

“Kenaikan tersebut bukan sahaja membantu dari segi perbelanjaan harian, malah membolehkan penjawat awam menyediakan kemudahan persekolahan anak-anak dengan lebih baik.

“Syukur, setelah sekian lama kami tidak merasa kenaikan gaji, akhirnya dapat merasai kenaikan sebanyak 15 peratus. Ia banyak membantu kami sebagai penjawat awam, meringankan perbelanjaan harian dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara,” katanya.

Untuk rekod, penjawat awam telah menerima lapan peratus pelarasan gaji pada 19 Disember 2024 dan tujuh peratus pada hari ini menjadikan sebanyak 15 peratus keseluruhannya.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat