Pembekuan perolehan pertahanan, keselamatan diteruskan – PM

PEMBEKUAN sementara terhadap perolehan membabitkan sektor pertahanan dan keselamatan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan akan diteruskan dan diselaras di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan ketelusan serta tadbir urus yang baik dalam semua proses perolehan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang dilancarkan hari ini juga mesti memenuhi komitmen terhadap perolehan yang telus serta dilaksanakan menerusi tadbir urus dan tatakelola yang baik.

“Mana mungkin kita tetapkan satu dasar pertahanan, perolehan senjata yang terbaik kalau kita masih diheret dengan kepentingan peribadi, dengan komisen, dengan kekayaan-kekayaan.

“Maka pembekuan ini diteruskan di Kementerian Pertahanan dan saya nak selaraskan juga di Kementerian Dalam Negeri, kerana beberapa persamaan atau agensi-agensi lain yang terlibat, harus melalui perubahan.

“Melalui DIPN, semua perolehan mesti dilihat dalam konteks strategi DIPN, diputuskan secara telus dan mengelak daripada apa juga kemungkinan kecurangan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman.

Jumaat lalu, Anwar memaklumkan bahawa semua keputusan perolehan membabitkan ATM, PDRM dan agensi berkaitan yang terpalit dengan isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan berkenaan dipatuhi sepenuhnya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok. Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara