Anwar tegur budaya kepentingan peribadi, kekayaan sebagai matlamat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu rasuah dan penyelewengan dana dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak wajar dijadikan gambaran keseluruhan pasukan pertahanan negara kerana masih ramai pegawai dan anggota yang berkhidmat dengan penuh amanah dan integriti.

Beliau berkata, skandal kewangan yang berlaku bukan sahaja mengejutkan negara, malah mendapat perhatian dunia.

“Ini kerana kita baru lagi bicara soal skandal kewangan dan sekarang masih dengan isu rasuah dan penyelewengan dana. Tentunya ia tidak harus mewakili seluruh anggota, sama ada di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan agensi penguatkuasaan.

“Mudah-mudahan episod gelap dan malap yang diungkapkan sebagai ‘puting beliung’ walaupun puting beliung jarang berlaku di Malaysia, tidak memberikan gambaran negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut berharap keadaan yang diibaratkan sebagai ‘puting beliung’ melanda ATM ketika ini segera reda dan menyatakan keyakinan kepimpinan baharu kelak mampu menerajui angkatan pertahanan negara dengan lebih cemerlang.

Anwar juga menekankan tabiat buruk segelintir pemimpin yang meletakkan kepentingan peribadi dan kekayaan sebagai matlamat utama.

Menurutnya, tabiat buruk itu, yang dahulunya dikaitkan dengan ahli politik, kini menular dalam kalangan penjawat awam, termasuk anggota angkatan bersenjata.

“Dengan kepentingan-kepentingan peribadi, mana mungkin kita tetapkan suatu dasar perolehan senjata terbaik kalau kita masih diheret dengan kepentingan peribadi, dengan komisyen,” tambahnya.

Anwar menegaskan keyakinan dan penghargaan khusus kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang mengemudi Kementerian Pertahanan (MINDEF) dengan penuh tanggungjawab dan tidak bersikap defensif dalam menangani isu berkaitan kementerian itu.

Beliau berkata kemajuan ekonomi negara kini sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan Angkatan Tentera Malaysia dan agensi penguatkuasaan yang sentiasa bersiap siaga menjaga keamanan negara.

Bersyukur Malaysia berada dalam keadaan aman dan mempunyai hubungan baik dengan negara serantau, Anwar berkata, dasar pertahanan negara tetap menjadi keutamaan kerajaan walaupun pada waktu damai.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar