JPJ Pahang sita kenderaan mewah tiada cukai jalan

KUANTAN – Taktik segelintir pemilik kenderaan mewah cuba mengambil kesempatan atas ketiadaan keperluan memaparkan pelekat cukai jalan membawa padah apabila dikesan dalam satu operasi khas di Bentong, hujung minggu lalu.

Dalam operasi Ops Luxury dijalankan di Pos Pertama Polis Bantuan Genting itu, sebanyak enam buah kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang.

Unit Korporat JPJ Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, walaupun pelekat cukai jalan tidak lagi wajib dipamerkan, status cukai jalan kenderaan serta maklumat kenderaan masih boleh dikesan melalui semakan digital menggunakan peranti khas sewaktu operasi dijalankan.

“Ibarat penguat kuasa tidak boleh mengesan (kerana tiada pelekat), namun kami mempunyai peranti khas yang boleh menyemak status kenderaan secara serta-merta di lokasi.

“Hasil pemeriksaan enam kereta mewah didapati melakukan kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans serta satu kes menggunakan nombor pendaftaran milik kenderaan lain,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Operasi bersepadu selama dua hari itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bentong dan Polis Bantuan Genting.

Kesemua kenderaan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, termasuk satu kes kesalahan nombor pendaftaran palsu disiasat di bawah Seksyen 108(3)(f) akta sama.

Sehubungan itu, JPJ Pahang mengingatkan pemilik supaya wajib memastikan kenderaan mereka mematuhi undang-undang dengan memiliki cukai jalan dan insurans yang masih berkuat kuasa sebelum digunakan di jalan raya.

Related Posts

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah berjaya menumpaskan beberapa cubaan pengedaran dadah menerusi perkhidmatan kurier dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM3 juta dalam tiga serbuan berasingan.  Pengarahnya, Dr.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

SARATOK – Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menaik taraf rumah pengebumian di kawasan perkuburan Cina Jalan Feeder di sini dijangka memberi keselesaan lebih baik kepada komuniti setempat apabila siap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen