UMNO tak perlu takut dengan DAP

KUALA LUMPUR – UMNO tidak seharusnya berasa gentar terhadap DAP, sebagaimana UMNO tidak pernah takut kepada mana-mana parti lain yang tidak berasaskan orang Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, parti harus melakukan perubahan sikap bagi mengadaptasi politik masa depan bagi meraih semula sokongan terhadap UMNO yang semakin merosot dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

“Jadi saudara tuan-tuan, puan-puan, inilah politik masa depan. Kita tak perlu takut dengan siapa kenapa perlu takut dengan DAP?

“Saya rasa tak ada sebab kita perlu takut dengan DAP. Kalau kita tak takut dengan Gerakan (dulu), kita tak pernah takut dengan MCA, kita tak pernah takut dengan mana-mana parti yang bukan berasaskan Melayu, kenapa kita perlu takut dengan DAP,” katanya.

Mengulas lanjut, Johari memaklumkan,
ahli parti sepatutnya lebih bimbang terhadap perpaduan Melayu yang semakin retak dan berpecah-belah.

“Sebab itu saya menyahut pandangan dan ulasan ataupun idea yang dilontarkan dalam ucapan dasar untuk membuka rumah UMNO ini menjadi rumah bangsa kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan,
UMNO tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sekiranya semua perkara dibangkitkan termasuk kepentingan orang Melayu tidak dimasukkan ke dalam RUU tersebut.

Johari berkata, pendirian tegas itu diambil bagi memastikan pembangunan semula bandar dilaksanakan secara adil dan mengambil kira kepentingan rakyat, bukannya pelaksanaan projek pembangunan semata-mata.

“UMNO menyokong pembangunan semula bandar, namun pembangunan itu mesti adil dan tidak menzalimi rakyat seperti yang berlaku di Kampung Baru.

“Penduduk diarahkan berpindah tetapi selepas lapan tahun masih belum menerima rumah yang dijanjikan. Keadaan itu berlaku ketika UMNO tidak lagi berkuasa selama lapan tahun,” katanya

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan