Sabah rayakan kepelbagaian, kukuhkan perpaduan

TELUPID – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama dengan menyokong penganjuran dan sambutan pelbagai perayaan sebagai medium penting penyatuan rakyat.

Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam berkata, rakyat Sabah amat bertuah kerana setiap perayaan yang diraikan sentiasa disambut bersama tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun fahaman politik.

“Sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Hari Natal bukan sekadar acara keagamaan atau kebudayaan, sebaliknya menjadi simbol kesatuan dan keharmonian rakyat Sabah.

“Walaupun berbeza dari segi fahaman politik, agama dan kaum, kita masih dapat duduk semeja dan meraikan perayaan bersama-sama. Inilah kekuatan dan keistimewaan Sabah,” ujarnya dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Natal 2025 dan Tahun Baharu 2026 Peringkat DUN Telupid, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur merangkap Wakil Rakyat Telupid, Datuk Dr Jonnybone Kurum, berkata, rakyat Sabah telah membuktikan keupayaan hidup dalam suasana aman dan harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

“Keadaan aman dan harmoni ini merupakan keunikan Sabah, di mana masyarakatnya mampu hidup dengan penuh toleransi di sebalik perbezaan yang wujud.

“Pilihan raya telah selesai. Marilah kita buang perbezaan ideologi politik sepanjang kempen lalu dan bersama-sama bekerjasama membangunkan daerah Telupid demi kepentingan rakyat,” serunya.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin tempatan, wakil jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat, selain persembahan pentas yang memeriahkan sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu dalam suasana penuh muhibah dan keharmonian.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu