PN hilang pemandu, SG4 kini menuju jalan mati

ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) kini di ambang perpecahan susulan perselisihan antara Pas dan Bersatu berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perlis, yang membawa kepada perletakan jawatan Pengerusi PN.

Menurut Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, perkembangan itu menandakan ‘tiada lagi masa depan’ bagi pakatan SG4 yang merangkumi Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, dan menggambarkan PN sebagai kehilangan pemandu, dengan SG4 kini menuju jalan mati.

“Ketidakstabilan PN hari ini sudah sudah pasti memberi kesan sama ada usaha SG4 telah dihentikan.

“Sejak ia diumumkan pada tahun 2023 sehingga kini, tidak ada satu pun pelaburan yang dibawa masuk oleh SG4,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Faiz menegaskan PAS perlu membentangkan laporan prestasi SG4 secara terbuka agar rakyat dapat menilai keberkesanan gabungan itu dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi, dan bukannya bergantung kepada sentimen kaum dan agama semata-mata.

Sebaliknya, menurut Faiz, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terus memastikan pelaburan masuk ke negeri-negeri SG4 melalui agensi persekutuan tanpa diskriminasi.

Sebagai contohnya, katanya, di Kedah, majoriti pelaburan berlaku di Kulim Hi-Tech Park melalui agensi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Faiz turut menegaskan walaupun Pas-Bersatu sibuk dengan permainan politik, kerajaan Madani telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh kuasa beli rakyat, termasuk suntikan tunai RM15 bilion, kenaikan gaji sektor awam RM8 bilion, dan peruntukan RM200 juta bagi sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz.

Selain itu, langkah-langkah fiskal dan reformasi institusi seperti pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta penubuhan Ombudsman dijangka mengukuhkan lagi tadbir urus negara, katanya.

“Rakyat harus menilai kemampuan kerajaan Madani secara adil.

“Kerajaan ini bekerja, dan telah melaksanakan 773 inisiatif sepanjang tiga tahun pentadbiran, disokong kestabilan politik gabungan perpaduan,” tambahnya.

Faiz menekankan kegagalan SG4 dan pergolakan PN menunjukkan gabungan tersebut lebih mengutamakan politik berbanding pembangunan sosioekonomi rakyat.

Related Posts

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Petaling Jaya kini secara rasmi kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara