Jangan risau, saya berundur demi pemerkasaan gerak kerja Pemuda UMNO – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyeru kepada semua penyokongnya agar tidak risau dengan pengumuman beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sebaliknya berkata, langkah berkenaan bukan satu pengunduran, sebaliknya strategi untuk memperkukuh gerak kerja Pemuda UMNO di seluruh negara.

“Jangan risau sebab apa, sebab saya ada tuan-tuan dan sahabat-sahabat di depan saya.

“Bila saya umum letak jawatan Exco, ramai yang ‘menggelupur’, takut kononnya saya akan jadi ‘full time’ hentam mereka lepas ini,” katanya ketika berucap menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Terdahulu, Muhamad Akmal mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka minggu hadapan.

Beliau dilaporkan berkata, keputusannya meletakkan jawatan itu demi kepentingan parti disebabkan suara akar umbi yang menuntut UMNO tidak lagi bersama-sama dengan DAP.

Dalam pada itu, Akmal menegaskan, keputusannya itu akan membuka ruang melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang lantang dan berani memperjuangkan suara rakyat.

Menurut beliau, perjuangan dalam Pemuda UMNO sejak awal bukan untuk mencari jalan mudah atau selesa, sebaliknya menuntut keberanian, pengorbanan dan kesediaan berdepan risiko politik.

“Kita pilih duduk dalam Pemuda bukan sebab nak selesa. Perjuangan ini memang tak pernah mudah. Tapi inilah jalan yang kita pilih.

“Saya nak beritahu, bila Akmal Saleh letak jawatan Exco, insya-Allah saya akan lahirkan 300,000 lagi Akmal Saleh untuk hentam mereka nanti,” katanya sambil disambut sorakan perwakilan.

Sementara itu, mngulas ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini, Muhamad Akmal berkata Pemuda UMNO tidak harus terperangkap dengan nostalgia semata-mata, sebaliknya perlu membina masa depan parti.

“Kita bukan nak jual sejarah, tapi Pemuda UMNO insya-Allah akan melakar sejarah baharu untuk negara,” katanya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama