Tiada pusat pemindahan dibuka, air sungai di Saratok surut

SARATOK – Tiada sebarang Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini setakat Isnin memandangkan keadaan banjir dilaporkan terkawal dengan trend penurunan paras air di sungai-sungai utama.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pemantauan yang dijalankan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari mendapati keadaan semasa di kawasan berisiko masih selamat.

Menurutnya, tinjauan di Batang Air Sungai Krian dan Sungai Awik menunjukkan air semakin surut, manakala jalan perhubungan utama disahkan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Pemeriksaan menyeluruh mendapati tiada mangsa banjir yang perlu dipindahkan dan tiada kerosakan harta benda atau kejadian tanah runtuh dilaporkan.

“Di Roban pula, walaupun cuaca agak mendung disertai hujan renyai, paras air di Kampung Melayu kekal pada tahap normal,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, situasi di Kabong turut terkawal dengan cuaca cerah direkodkan dari pagi hingga tengah hari, memastikan paras air di Kampung Wawasan, Kampung Baru dan Kampung Nyabor berada dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, Mathew memaklumkan bahawa kesemua balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok kekal dalam mod siap siaga.

“Orang ramai diminta supaya terus berwaspada dengan keadaan cuaca tidak menentu dan segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Saratok jika memerlukan bantuan kecemasan,” ujarnya.

Related Posts

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

IPOH – Penemuan pelbagai jenis dadah di lokap Balai Polis Lumut, membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel bagi membantu siasatan, pada Selasa lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

SARATOK – Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah tong gas di sebuah rumah panjang di Awik  bagi mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan